Monday, December 27, 2010

Global outreach~~~

For Semester 1 Session 2011/12. a project of Landscape Urban Design Studio will be held with students from Seoul National Uni. They will come to UTM in Sept and our students will join them in October 2011. Cheers! Save some cash now. It would cost RM3500 per person. UTM will provide only RM1000 as GOP.

Sunday, December 26, 2010

Flash lelong...

Ada sesapa kat sini yg ada kamera dslr yg nk jual flash antara rm100-300.. aku nk bli.. terdesak sangat... kalu ade agi cun ah..hehe..pliz.. ade x???

Thursday, December 23, 2010

Percutian di Sungai Lurus.. Cuti-cuti Malaysia.. heheh

Pada 22 Disember 2010, tepat jam 10.00 pagi bertolak ke Senggarang Batu Pahat.. Target utama nak gi Sungai Lurus Batu Pahat.. Dalam perjalanan berkenaan nampk view yg sangat indh2 ciptaan tuhan.. Subhanallah.. Jannah.. Jannah... (petikan kata-kata dari Prof hakim).. hehe.. Ntah macam mana time dlm perjalanan leh terbabas ke depan.. terpaksalah pusing lik.. Perjalanan ke dalam kampung agak tidak jauh.. tetiba jer dah sampi.. heheh.. Sampi terus aku keluarkan kamera yg x brape power aku.. Aku strt amik gambar.. heheh.. Mantop ah gambar cantik.. View2 pun cantik lah.. ape agi strt bermain dengan kamera.. hehe.. Hasilnyer daptlah gambr seperti dibawah.. huhu..












Monday, December 20, 2010

Pengalaman baru aku.. Hobi baru...

Nie lah kalau namanya manusia dah gian guna DSLR.. First time tangkap gambar guna DSLR.. huhu..Sonok n cantik giler.. tapi aku x lah terlalu pro sangat... biasa2 jer.. tapi syukur aku dah memilikinya sebuah DSLR yg biasa... tapi aku bersyukur kerana itu pemberian mama aku.. hehee.. sonok.. pas nie nk travel luar negara... Walaupun DSLR tue bukn yg aku minat tetapi janji ade, gambar cantik puas hati.. heheh.. Aku nk kongsi sikit gambar yg aku tangkap kat blog nie.. heheh










Sunday, December 19, 2010

Raised your hand, Stop child abuse now...

Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
  • Kadar kematian amat rendah.
  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

2 minggu lagi nak balik...~~~

Tanpa disedari pejam celik, pejam celik lagi 2 minggu dah nk balik... huhu.. Rasa x puasnyer nk cuti.. Rasa nk cuti lama lagi sebb x cukup cuti.. Aduhai.. Naik nie dah nak pikir studio, studio, n studio... Banyak kerja wooo... Hahaha.. Barang pape pun x bli agi.. memg x bersemangat nk balik... huhuh... Kalau dah lik x boleh nak shoping, merayau, jalan dengan kawan2, tgok wayg, bowling.. huhu...

Tuesday, December 7, 2010

Impian ingin memiliki DSLR D5000~~~

Impian aku untuk memiliki DSLR NIKON D5000 masih lum tercapai agi... dari zaman diploma hingga ijazah masih lagi belum memiliki DSLR.. Bilalah aku nak memilikinyer???? huhuhu... Kalu aku ada kamera ini aku nk travel untuk mengambil gambar yg cantik dan indah2 di merata dunia.. wow.. hahahah.. pape pun aku gembirala aku still ada kamera tp kamera digital biasa.. heheh.. pape pun aku menginginkan kamera NIKON D5000... Dia tetap bertakhta di hati.. Ceeehhh wahhh.. hahah


Sunday, December 5, 2010

Part time jd photographer~~~

Wah terasa penat dan lenguh2 tangan apabila kerja part time jd photographer.. hahah.. Kerja ini pun secara last mini apabila diajak oleh kawan2.. maklumlah tolong kawan... aku kerja tangkap gambar event KUMON buat kat BP MALL... hehehe.. pape pun interesting ah yerlah dapat kerja dapat komisen ah RM???.. lumayan gak.. tapi 1 jer kekurangan aku.. iaitu aku tiada kamera DSLR.. huhu.. Insya Allah 1 ari nnti aku akan ada... terpaksa pinjam meminjam.. huhu..


Di belakang stage...


Tempat kerja lama aku n aku di panggil part time photographer.. heheh.. Aku bergambr sekali.. huhu

Thursday, December 2, 2010

7 jenis mayat dalam kubur~~~

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf ata perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." 

1 " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu." Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2 Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi b*bi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

3 Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu. " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4 " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5 " Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari  tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6 " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7 " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Sunday, November 28, 2010

Selsema dan batuk...

Aduh x sedapnyer badan dalam keadaan batuk dan selsema.. hukhukhuk~~~... X tau ah mcm mana leh jdnyer selsema n batuk.. Jangkit dari nadia kot.. huhu.. Aduhai.. X pun kepenatan bawak motor balik umah (UTM-Batu Pahat)... Banyak habuk2 masuk dari mulut... Cam dah x larat dah nie... ubat dah berbakul makan.. hahaha.. 

Thursday, November 25, 2010

Selamat Pengantin Baru...

Wah cuti sekolah bnyakknyer wedding.. huhu... Sampi x terpegi sang begitu banyak.. Aduhai.. heheh.. Aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Suhana kawan waktu tigs dulu.. huhu..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Majlis resepsinyer akan diadakan pada ari ahad.. Semoga majlis berjalan lancar... Tahniah diucapkan... Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu.. Amin... Insya Allah...


Tuesday, November 23, 2010

Sahabat~~~

Kawan ketawa senang dicari... Kawan menagis sukar untuk dimiliki.. Hidup memang sebegini.. kadang kala kita diatas, kadang kala di bawah.. macam putaran roda.. Jika kawan kiter sush kita biarkan jer 1 pun x tolong malah dicarci diejek dimarahi walaupun ia kesalahan kecil.. tetapi kalu kawan kiter tue kaya ada kete, ada harta, bnyak duit itulah yag di pandang mulia.. sebenarnyer itu untuk kesenangan ia sahaja.. Kalau kawan kite tiada duit sorg pun x bantu.. Sehingga kebuluran dan kelaparan setengah mati tetap juga dibiarkan... Inilah dunia... Kalau kawan kiter depan mata kadangkala ada juga perasaan menyampah, iri hati, dengki, marah, buat muka, diherdik, dicaci.. Cuba kalau kawan kiter sakit n dah tiada barulah nak mohon maaf, kenang jasa dier, pengorbanan dier, rasa sunyi insaf dengan perbuatannyer.. Walaupun sekuat agama seseorg kadang kala ada juga kesilapan dan kesalahannyer.. maaflah kesalahan owg itu... Bukan semua org perfect.. Jgnlah dah terlambat baru nak menyesal.. 

Monday, November 22, 2010

Trip ke Singapore..

Pas je hari raya terus g trip ke singapore.. huhu.. seronok giler.. maklumlah pi luar negara.. hahaha.. sebenarnyer dekat je jb-singapore.. seberang je.. aku tukar rm150 daptlah dalm $66 dolar n berapa sen ntah.. hehe.. aku x bli paper pun.. just brg kenangan untuk kawan2.. huhu.. maklumlah kat sana mahal.. semua dolar.. 2 kali ganda lak tue.. huhu.. pape pun seronok trip g saner yerlah 1st time g.. excited lebih seyh.. hehe... tp penat ah berjalan.. tempt yg aku g kat singapore marina barrage, jurong bird park n sungei buloh wetland.. haha nak compare dengan Malaysia semua tempt tue jauh sekali.. Singapore lagi best, bersih dan damai.. cuma sempit sikit.. ada masa agi aku nk pi singapore lagi.. Sonok sangat...

 Marina Barrage 

 Jurong Bird Park

 Mini monorail Jurong Bird Park

 Bridge in Jurong Bird Park

 Marina Barrage Gallery

 World of Darkness Jurong Bird Park

 Step...

 Entrance Jurong Bird Park..

 Air terjun buatan Jurong Bird Park




 Marina barrage

 Eyes of Singapore

Marina barrage (indoor)
Air terjun buatan


Marina Bay

Sunday, November 21, 2010

Love~~~ hehe

3 idiot~~~

Tetiba layan cter hindustan lak.. hahah.. terpedaya dengan kata si nad tue.. heheeh.. Cternyer bertajuk 3 idiot.. tapi best ah.. cerita dier berkenaan persahabatan, kawan, cinta, kasih sayg dan macam2 lagi.. Aku bru je habis layan cter nie.. seronok betul... Puas hatilah tgok cter cam tue.. best sebb dier buat lawak.. hahah.. tapi baguslah cter nie banyak tauladan tentang dalm berkawan.. pengorbanan kawan membantu kawan lain x lupa jasa dan pengorbanan yg dier lakukan.. tertusuk di sanubari tgok cter nie.. sama2 sedih, gembira dan berkongsi masalah sama2.. Suasana dlm kampus seperti situasi yg berlaku sekrg... 




Saturday, November 20, 2010

Pendengar setia~~~

Aku dengar radio era.. ada hari bermaaf-maafan.. aku pun buat keputusan untuk bermaafan dengan semua owg.. Sedangkan nabi maafkan umatnyer inikan pula manusia.. huhu.. Pape pun kepada yg marah, geram, iri hati, nyampah, buat muka, bengang, bongkak, berlagak pandai, sombong bermaaf-maafan lah.. x nk gaduh2.. kita bukannyer kekl hidup didunia ini.. entah arini, esok, lusa kita akan kembali juga.. so, hari baik ini aku mintak maaflah kepada owg yg selalu aku wat salh.. sesiapa sahajalah.. kawan2, teman, dan lain2 lagi... terpulanglah pd seseorg nk maafkan ke tidak.. tetapi aku sentiasa berdoa biar dibukakan pintu hatinyer menerima maaf aku.. sekian...

Bowling~~~

Semalam perasaan gembira bercampur seronok setelah sekian lama aku tidak melepaskan gian bermain bowling.. hahaha.. giler 3 game aku balun semlam.. tapi tgan nie kenapa ntah asyik longkang dier pegi.. nyampah tol.. huhu.. tapi x per lah puas ati.. penat giler semlm tp best berjumpa lak dengan eliza yer lah dah lma kot x jumpa.. heheh.. pape pun gembiralah.. hari yg tenang bebas dari asgmnt iaitu studio n lain2.. release tension habis.. hahaha... seronok... biler ari itu akn datg lagi yer...

Friday, November 19, 2010

Sketchup ku dalm genggaman.. hahah~~~

Aku tetiba rasa nk guna sketch up.. bukan guna jer belajar sambil buat projek guna sketch up.. huhu... aku nk blaja sehingga mahir sehingga menjadi seorg yang pro sketch up.. 1 day nnti aku leh ajar owg2 yg x reti guna sketch up tue.. Insya Allah ilmu yg aku ada aku x akan aku biarkan akan aku sampikan kepada owg2 lain.. Semoga aku menjadi seorg yg pro menggunakan sketch up.. Amin!!!!

Hagemaru menyeronokkan time cuti-cuti nie.. heheh



Hahah..seronok giler dah cuti..lagi2 layan tv... memg best.. tgok hagemaru yg menyeronokkan.. boleh dikatakan tiap2 ari tgok cartoon nie sehingga owg lain nk tgok berita pun x kesampaian.. haha.. seronokgiler layn cter nie.. mengembirakan hati sesiapa yg duka.. hahah.



Thursday, November 18, 2010

Sambutan raya di UTM

Wah seronokkan raya.. seronok dapt menyambut hari raya di mana sahaja x kira malaysia, universiti, rumah, kampung dan lain2..kali ini nak berkongsi cerita tentang sambutan raya di utm aku anjuran kos aku sendri (landscape architecture).. heheh.. sambutan sungguh menggalakkan dari 1st year hingga  4year student.. ajk untuk sambutan hari raya ini adalah 2 year.. peghhhh... kelang kabut dibuatnyer dari pepagi sampilah malm..nasib aku x jd ajk.. tapi aku x sampi ati macam kelang kabut semacam... masa tue usop call suh beli barg.. dalam masa yg sama wani pun ada call so aku pun rela hati n ikhlas turun padg untuk tolong.. wani, as n aku pun keluar turn untuk membeli sedikit barg.. hahaha... petg itu sedaya upaya untuk siapkan persiapan majlis berkenaan... Tapi x per usaha kami berbaloi kerana majlis berjalan dengan lancar... hehehe.. juadah biasalah ketupat, lodeh, rendang, kuah kacang... tapi suker dier punya roti jala... best dengan kari.. hehehe.. pape pun majlis tetap seronok dan disudahi dengan keadaan yg baik.. terima kasih geng~~~

Safwan, wani , me, as n zue

SBL student (female)

Roomateku ( Mell), me n kika


SBL student

Pasangan merpati 2 sejoli.. hahah 

Wani retro

hehe~~~

Mintak maaf